Seramai 44 pemain telah beraksi hari ini dan mempamerkan semangat juang yang hebat di gelanggang.
Turut hadir ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan memberi sokongan. Kehadiran hari ini dianggarkan melebihi 100 orang, menjadikan suasana kejohanan lebih meriah dan bertenaga.
Terima kasih kepada semua pemain, ibu bapa, urus setia dan penaja yang telah membantu menjayakan hari pertama kejohanan ini.
Esok giliran Amateur Doubles! Jumpa anda di gelanggang untuk lebih banyak aksi menarik.
Hari ini kami mula memasang banner di lokasi Career Fair Pagoh Jaya 2026.
Selain itu, risalah juga mula diedarkan di sekitar Panchor, Pagoh serta kawasan kolej dan universiti berhampiran supaya lebih ramai anak muda mengetahui tentang program ini.
Kalau sedang mencari kerja atau ingin bertukar kerja, jumpa kami pada 21 Jun nanti.
Bila saya bentangkan idea Koridor Perkapalan Muar–Sumatera tahun lepas, ramai anggap ia sekadar cadangan.
Sepanjang setahun ini, saya sendiri turun ke Selatan Thailand, Medan, Dumai dan beberapa lokasi di Sumatera untuk melihat peluang perdagangan, sumber kargo serta rangkaian perkapalan yang boleh dihubungkan dengan Muar.
Banyak perkara masih dalam proses, tetapi sekurang-kurangnya hari ini kita tahu ia bukan sekadar teori.
Muar pernah berkembang kerana sungainya.
Mungkin sudah tiba masanya kita melihat semula potensi ekonomi sungai dan perdagangan laut jarak dekat sebagai pemangkin pertumbuhan baharu.
Terima kasih kepada semua yang hadir malam tadi
untuk berkongsi pandangan dan idea.
Perjalanan masih panjang, tetapi langkah pertama sudah bermula.