当前,印尼板材产业正快速升级,包括引进先进设备、提升产能与品质,这对区域供应链带来新的机会。
我此行的重点,是进一步推动 #麻坡家具业 所需要的原材料供应稳定性,尤其是在成本与物流效率方面寻找更好的解决方案。
通过探讨短途海运(Short Sea Corridor)的可行性,希望未来能够把苏门答腊的资源更有效地对接到麻坡,为本地家具业提供更稳、更具竞争力的供应链支持。
对麻坡来说,稳定的原料供应,是产业持续发展的关键。
Hari ini saya berada di Jakarta, Indonesia, mengadakan perbincangan bersama sebuah syarikat pengeluar panel berasaskan kayu berskala besar bagi memahami perkembangan terkini dari segi kapasiti pengeluaran dan bekalan.
Pada masa ini, industri panel kayu di Indonesia sedang berkembang pesat, termasuk pelaburan dalam teknologi moden serta peningkatan kapasiti dan kualiti pengeluaran. Perkembangan ini membuka peluang baharu dalam rantaian bekalan serantau.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk melihat bagaimana kita boleh memperkukuh kestabilan bekalan bahan mentah yang diperlukan oleh industri perabot di Muar, khususnya dari segi kos dan kecekapan logistik.
Melalui perbincangan mengenai potensi laluan laut jarak dekat (#ShortSeaCorridor), diharapkan sumber dari Sumatera dapat dihubungkan dengan lebih berkesan ke Muar pada masa hadapan, sekaligus menyokong daya saing industri tempatan.
Bagi Muar, kestabilan bekalan bahan mentah adalah asas penting kepada kelangsungan dan pertumbuhan industri.
今天到印尼雅加达,与当地大型板材制造企业进行交流,了解最新的生产能力与供应情况。

Leave a Reply