感谢 巴莪国会议员 Tan Sri Muhyiddin Yassin 与 Dato Dr Sahruddin Jamal 以及各政党领袖、社团代表和社区居民一同出席,共庆新春佳节。
现场气氛温馨热闹,大家一起捞鱼生、互道祝福。
祝大家 新年快乐,身体健康,万事如意。
Berbesar hati dapat bersama menjayakan
Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Parlimen Pagoh 2026.
Terima kasih kepada Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Dr Sahruddin Jamal, serta pemimpin parti, wakil persatuan dan masyarakat yang hadir memeriahkan sambutan ini.
Suasana penuh meriah dengan acara yee sang dan sambutan bersama komuniti.
Selamat Tahun Baru Cina. Semoga semua sihat dan sejahtera.
今天与家具业者一同拜访麻坡县署Pejabat Daerah Muar 与 DO Tuan Haji Zainal 及土地单位代表进行工作会谈,就工业物流与河岸设施规划进行初步讨论。
有关方向上,县署方面表示原则上 tiada halangan,并建议依照既定行政程序提呈完整规划文件。
接下来将依程序推进:
– 与Bpen进行整体规划
– 向 PTG 申请河岸相关使用批准
– 提呈初步布局规划(Layout Plan)
– 提交县级安全委员会及 MPM 审批
这意味着,项目已从构想阶段进入正式行政流程。
如果麻坡要降低制造与出口物流成本,
增强产业竞争力,基础设施的优化,
是必须面对的一步。
相关家具、板材加工及出口业者,
如有意见或建议,欢迎交流。
一步一步推进,比口号更重要。
Hari ini saya bersama pengusaha perabot telah mengadakan pertemuan di Pejabat Daerah Muar bersama DO Tuan Haji Zainal dan wakil Jabatan Tanah bagi membincangkan perancangan logistik industri serta kemudahan tebing sungai.
Secara prinsip, tiada halangan dan disarankan agar cadangan dikemukakan mengikut prosedur pentadbiran sedia ada.
Langkah seterusnya:
– Perbincangan perancangan bersama BPEN
– Permohonan kelulusan penggunaan tebing sungai kepada PTG
– Penyediaan dan penyerahan Layout Plan
– Proses kelulusan melalui Jawatankuasa
Keselamatan Daerah dan MPM
Ini bermaksud projek telah memasuki proses pentadbiran rasmi.
Untuk mengurangkan kos logistik dan meningkatkan daya saing industri, penambahbaikan infrastruktur adalah satu keperluan.
Pengusaha perabot, pemproses papan dan pengeksport yang ingin berkongsi pandangan dialu-alukan.
Langkah demi langkah lebih penting daripada slogan.
Hari ini di Bukit Pasir, seronok dapat menerima kunjungan dan minum kopi sambil berbincang bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia: YB Dato’ Dr.Sahruddin dan Datin, ADUN Bukit Kepong, En. Basut Nin, Ketua Bahagian Bersatu Muar dan En. Mohd Radzi, Bersatu Bahagian Bakri.
Kami berbual tentang situasi politik semasa Johor,
cabaran yang rakyat hadapi di peringkat akar umbi,
serta apa yang boleh kita buat untuk Pagoh, Muar dan Bakri.
Bagi saya, politik bukan sekadar cakap-cakap.
Ia tentang buat kerja, cari penyelesaian dan pastikan hasilnya sampai kepada rakyat.
Saya akan terus bergerak dengan agenda komuniti dan ekonomi yang boleh beri manfaat sebenar kepada masyarakat.
Terima kasih atas pertemuan yang sangat bermakna ini.
Malam ini kami adakan satu perjumpaan kejiranan dan rakan-rakan nyanyian secara sederhana, dengan sedikit jamuan dan suasana Tahun Baharu Cina. Gembira dapat melihat warga emas, jiran-jiran dan keluarga muda duduk bersama, berbual dan menyanyi.
Inilah semangat komuniti yang kita hargai.
Terima kasih kepada semua yang hadir.
Semoga tahun baharu membawa keharmonian dan kekuatan kepada komuniti kita.
虽然他已辞任 PN Johor 主席的职位,但他仍然保持对 柔佛发展与我们共同关注议题的关心与支持。
这次对话非常有建设性,我们一起探讨了如何让产业更早跑起来、让中小企业与地方社区更有参与机会。
对我而言,重要的不是名号或职位,而是如何把实质行动、可执行方案带到我的社区和选区。
感谢 YB 对社区与地方发展议题的关注与交流,期待我们继续在合理与务实的基础上合作,为麻坡和 Bukit Pasir 区带来更多机会。
Hari ini saya berkesempatan berbincang dengan YB Dato’ Sahruddin di Hub Komuniti PGRM Bukit Pasir mengenai beberapa isu pembangunan, termasuk Short-Sea Corridor, CLQ serta perancangan aktiviti 2026.
Walaupun beliau telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN Johor, beliau masih menunjukkan komitmen dan pandangan yang membina terhadap pembangunan negeri serta kepentingan komuniti tempatan.
Perbincangan ini bersifat terbuka dan konstruktif, dengan fokus kepada bagaimana inisiatif pembangunan boleh digerakkan secara berperingkat, realistik dan memberi manfaat kepada PKS serta komuniti setempat.
Bagi saya, yang paling penting ialah tindakan dan pelaksanaan di peringkat akar umbi, bukan sekadar jawatan atau kedudukan.
Terima kasih kepada YB atas kesediaan berkongsi pandangan dan sokongan terhadap usaha pembangunan tempatan. Diharapkan kerjasama berterusan dapat memberi manfaat kepada Muar dan kawasan Bukit Pasir.